Mengenai DAG


Kerjayaan Das Abdul Global Sdn. Bhd.




Siapa sangka, jual bantal sahaja dah boleh buat jualan sehingga ratus ribu sebulan? Siapa sangka jual bantal mampu beri satu peluang yang cerah bila ianya dikomersialkan dengan ilmu yang dah terbukti berjaya bimbing ramai usahawan.
Bagi Tuan Das Abdul yang merupakan bekas Jurutera Awam dan juga pernah berjawatan sebagai Pengurus Am di sebuah Resort di Terengganu, beliau mula tercari-cari peluang bisnes sehingga mendapat idea untuk menjual bantal hotel di ‘car boot sale’.
Bukan mudah untuk beliau bermula dengan meninggalkan zon selesa, dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai Jurutera Awam dan cuba terjun dalam bidang perniagaan bantal di ‘car boot sale’. Dengan itu, beliau mula mengambil keputusan untuk menghadiri program Richworks demi memperkasa perniagaan bantalnya.
Dalam program Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang dihadirinya, beliau tak pernah lepas mengambil seberapa banyak peluang untuk bertanyakan pelbagai jenis soalan kepada Dr Azizan Osman. Melalui sesi Coaching juga, Dr Azizan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi beliau dengan memberikan jawapan-jawapan yang luar biasa yang kemudianya beliau praktikkan sehingga mampu memperolehi hasil yang luar biasa.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe